Thursday, April 30, 2009

Seminggu yang amat memenatkan!!

.

Minggu-minggu terakhir akan berlalu. Amat memenatkan bagi penulis untuk meluahkan. Saat ini masih ada satu tugas untuk diselesaikan memandangkan blog ni dah lama tak diusik. Peluang yang ada perlulah kita gunakan dengan sebaik yang mungkin. Walaupun masa terlalu singkat dirasakan tapi bagaimana kita nak lakukan. Kita harus terus berjalan dan berjalan mencari sesuatu yang belum kita tahu kesudahan sesebuah cerita.

Semalam bagai mimpi yang baru saja berlalu tanpa ada rasa apa-apa, tapi ada juga yang masih tertinggal untuk dirasa mungkin dikecapi untuk masa akan datang.

Apa Kabar Dungun.!!!!

Sudah hampir 3 tahun penulis merantau di negeri sendiri tapi di tempat orang. Tidak seperti masa lalu yang jauh dari keluarga yang tersayang. Dungun yang banyak penulis tinggalkan cerita-cerita indah, pahit, kecewa dan entah apa-apa lagi. Dunia manusia yang penuh dengan seribu satu cerita yang perlu kita lalui.

Sebuah coretan untuk minggu-minggu terakhir di Dungun. Bumi kaya yang rakyatnya masih menagih simpati orang lain. mungkin penulis juga termasuk dalam golongn yang mencari simpati dari orang juga, Mungkin!. Tapi apa pun penulis masih bertuah memiliki keluarga yang sayangkan masyarakat.

Masih ada masa untuk mencoretkan khabaran minggu untuk di hayati dan kenangi. mula sebuah rentetan nostalgia yang akan diingati. Seminggu yang payah untuk dilalui. selepas ditangguh perbentangan Projek Akhir semester pada hari Rabu kehari Isnin, kalut semacam je jadinya. Sememangnya projek dah kurang membransangkan tambah pulak tetiba je litar dah x funtion dengan betul. Apa yang boleh buat sesuatu yang tak dapat diduga.

Semua kawan-kawan dah bentang projek hari isnin. tapi ada 2 kumpulan yang bentang pada ari Rabu. Moga mereka berjaya. Alhamdullilah, Perbentangan berjaya dengan seluruh kejayaan diselangi peristiwa dan cerita-cerita warna-warni semasa perbentangan. Satu jam lebih kene Bentang dengan tempat yang yang agak panas riuh rendah, dengan suara-suara para presenter dan Panel menceritakan meriahnya suasana. Berbagai soalan ditanya. yang 2 xperlulah nak cerita. Biarlah ia hidup dalam memory penulis saja.

Hari berganti hari, penulis mengharap masih akan ada cerita-cerita indah yang akan terbentang untuk minggu-minggu akan datang.Hari ni dah hari kamis. semalam nak stady tapi mengantuk gila dah. tetiba je dah tertido kat bantal sebelah. Sengaja letak kat sebelah, memang dah tahu buka je buka ngangtuk la jadi. tapi tadi time jawap Test 2 ok la. boleh la buat. Tengok kawan-kawan lain semacam je. dah ada nota masa bawak masuk ujian. sekali penulis pandang. senyum2 je diaorang. kantoi la 2 bawak nota, jawap test.

Sebelum 2 pagi-pgi lagi PA hantar mesej suruh penulis jumpa dia, entah apa ceritanya. tapi penulis datang lambat sikit. Dia xda kat tempat dia tapi tunggu dia lama la jugak. baru dia masuk pejabat dia. Da la dia bagitahu apa kerja yang perlu buat 3P la, My carier la dll. Pas 2 da la Lec lain yang datang, Sembang2 buat cerita. bukan mengumpat! Biasa la pempuan dengan bajunya, dengan labuchi kelip2nya, Test "drive" baju n entah apa2 lagi. semua cerita orang yang dah kerja dan yang dah berkeluarga. Penulis? sekadar boleh dengar jela. nak menyampuk, Sory..Xpandai! Masih xcukup Umur nak bersembang dengan mereka. Dia orang Pensyarah , penulis, masih lagi pelajar tapi umur je dah lewat.

Lepas ni akan ada cerita panjang, peristiwa penting dll

akhir sekali penulis ucapkan selamat ...

Sunday, April 26, 2009

Dah Lama tak Kemaskini Blog ni.

Salam sejahtera untuk semua..

lama penulis mengambil masa untuk mengemaskini webBlog ni lepas 2 kali format destop ni. Takda apa-apa penyakitpun kat destop ni, tapi suka-suka nak format. Tak ada kerja konon, banyak kerja sebenarnya. tapi macam 2 la, kene stady lagi, nak siapkan projek semester akhir. Esok penulis kene berjuang untuk membentangkan projek ni. entah apa yang akan berlaku esok, kita lihat dan rasa apa yang akan berlaku esok.
Projek macam mana???

Sepatutnya dah siap pun tapi entah apa dah jadi, tetiba je tadi dah xjadi. so, esok bentang je la. dah xboleh buat apa-apa dah.

Malam jumaat lepas kawan Penulis meninggal dunia, Kami satu kumpulan pun xtahu. penulis yang dah berusia langsung xtahu. apa guna orang tua da. adik sakit pun aku tak tahu. mungkin penulis dah tak ambil kisah tentang semua. dah nak tamat belajar katakan. sombong mungkin. tak pun dah rasa give up dah dengan perangai adik-adik kat kelas.

Penulis amat terasa kesal, tak tahu pun apa yang berlaku. Masa penulis tengah makan kat kedai, baru sesuap penulis makan tetiba anak cina telefon penulis bagitahu seorang ahli kelas/kumpulan meninggal dunia. dah tak lalu makan dah terus penulis bungkus je nasi goreng tu.

sampai kat hospital terus penulis jumpa Sir Rahman. terus pegi kat unit forensik kat hospital dungun. dah ramai sampai masa tu. penulis tefon kat Pensyarah yang pernah dah mengajar kami. Satu yang terkilan, penulis tefon Penasihat Akademik tapi xda yang jawap pun. banyak kali jugak telefon last2 dia sampai jugak dengan suami dia. Mungkin ada lec lain telefon dia kot. yang itu Penulis tak tahu.

Apa pe yang terjadi penulis mintak Ampun dan Maaf banyak2 kl masih ada lagi peluang untuk diMaafkan. yang pergi tetap akan pergi tapi dosa penulis terlalu banyak kalu dikenang. Penulis Mengharap Semasa dia masih hidup dulu telah memaafkan dosa yang pernah penulis lalukan.

sejarah penulis dengan dia terlalu banyak untuk dikenang.

Ucapan Takziah penulis ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Nurul Afiza Bt Mat Zahir. Moga Allayarhamah Dicucuri Rahmat dan Digolong dalam golong Yang beriman..

Al Fatihah