Salam sejahtera untuk semua..
lama penulis mengambil masa untuk mengemaskini webBlog ni lepas 2 kali format destop ni. Takda apa-apa penyakitpun kat destop ni, tapi suka-suka nak format. Tak ada kerja konon, banyak kerja sebenarnya. tapi macam 2 la, kene stady lagi, nak siapkan projek semester akhir. Esok penulis kene berjuang untuk membentangkan projek ni. entah apa yang akan berlaku esok, kita lihat dan rasa apa yang akan berlaku esok.
Projek macam mana???
Sepatutnya dah siap pun tapi entah apa dah jadi, tetiba je tadi dah xjadi. so, esok bentang je la. dah xboleh buat apa-apa dah.
Malam jumaat lepas kawan Penulis meninggal dunia, Kami satu kumpulan pun xtahu. penulis yang dah berusia langsung xtahu. apa guna orang tua da. adik sakit pun aku tak tahu. mungkin penulis dah tak ambil kisah tentang semua. dah nak tamat belajar katakan. sombong mungkin. tak pun dah rasa give up dah dengan perangai adik-adik kat kelas.
Penulis amat terasa kesal, tak tahu pun apa yang berlaku. Masa penulis tengah makan kat kedai, baru sesuap penulis makan tetiba anak cina telefon penulis bagitahu seorang ahli kelas/kumpulan meninggal dunia. dah tak lalu makan dah terus penulis bungkus je nasi goreng tu.
sampai kat hospital terus penulis jumpa Sir Rahman. terus pegi kat unit forensik kat hospital dungun. dah ramai sampai masa tu. penulis tefon kat Pensyarah yang pernah dah mengajar kami. Satu yang terkilan, penulis tefon Penasihat Akademik tapi xda yang jawap pun. banyak kali jugak telefon last2 dia sampai jugak dengan suami dia. Mungkin ada lec lain telefon dia kot. yang itu Penulis tak tahu.
Apa pe yang terjadi penulis mintak Ampun dan Maaf banyak2 kl masih ada lagi peluang untuk diMaafkan. yang pergi tetap akan pergi tapi dosa penulis terlalu banyak kalu dikenang. Penulis Mengharap Semasa dia masih hidup dulu telah memaafkan dosa yang pernah penulis lalukan.
sejarah penulis dengan dia terlalu banyak untuk dikenang.
Ucapan Takziah penulis ucapkan kepada keluarga Allahyarhamah Nurul Afiza Bt Mat Zahir. Moga Allayarhamah Dicucuri Rahmat dan Digolong dalam golong Yang beriman..
Al Fatihah
Sunday, April 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment